20/03/2012

Update on Ken Yong and Rozelle...

Korang ada haiwan kesayangan?? Minat nak bela haiwan?? tak kisah la haiwan apa pun yg korang nak bela, tp sebelum nak bela tu korang kena fikir betul2 kebaikan dan keburukan bela haiwan..sebab sekali korang dah ambil keputusan nak bela n beli haiwan tu, maksudnya korang secara tak lansung telah mengambil tanggungjawab untuk memastikan kebajikan haiwan tu terjaga...jangan hangat2 taik ayam...dah tak nak nnti buang la, bg orang la...seksa la....jangan!!! kesian la sikit kat haiwan tu....

Macam aku, aku ada 2 ekor sugar glider, Dobby n Rozelle (sepatutnya 3 tp Daisy kena curi org kat boarding service) dan seekor kucing siam yg  sangat nakal... Aku mengaku la mmg rumit nak maintain deorng semua.. sugar glider saje memerlukan maintenance yg sangat tggi...makanan deorng agak mahal.. salah aku jugak sbb sblum aku bela tu, aku ingatkan deorng ni mkn apple je... org yg jual tu ckp mcm tu...tp bila aku buat research psl sugar glider,  ternyata la deorng x mkn apple je tp bnyk mknan lain yg deorng perlukan. salah satunya HPW.. sekarang aku guna HPW Complete. memang senang.. cuma tambah air.
jangan salah faham....aku x pernah menyesal bela deorng walaupun kena tipu dengan si penjual...aku bela deorng mcm anak kot... n Ken Yong, si kucing siam  yg sangat nakal.... untuk makanan Ken Yong, dia ni xbrapa suka mkn dry food... dah try Iams Kitten, Royal Canin. Whiskas, suma dia xnak...dia nak mkn wet food je... Mula2 tu aku bg Whiskas Junior tp memandangkan kualiti xbrapa elok, aku tukar kepada Pro Diet..makin berselera dia makan... Selain tu jugak, aku bg dia susu n daging ayam rebus supaya dia lebih sihat.

Kalau korang tertanya2 kat mana nak dapatkan barang2 keperluan haiwan kesayangan, korang bleh la tengok website PETSHACK sebab kedai ni memang sangat lengkap kalau nak cari barang-barang sugar glider.. Korang boleh beli secara online jugak....so senang la saper2 yg duduk jauh sbb kedai ni kat sunway...jauh plak kalo nak pergi.. untuk kucing aku, aku percayakan kedai PERNIAGAAN  KESAYANGANKU, yg terletak di Tengkera, Melaka... sbb uncle n aunty kat situ mmg ramah n deorng meniaga atas dasar minat...so, deorng akan bg nasihat atau rekemen produk2 yg terbaik untuk kucing kita..
*atas- Daisy, kiri- Rozelle, kanan- Dobby

*Ken Yong yg suka tengok movie kat laptop...ngada2 je selalu..

2 comments:

  1. ltak la byak agi gmbar ken yong

    ReplyDelete
  2. ada kat facebook sikit kan....nnti dia dah besar lg ateh letak la....

    ReplyDelete