30/03/2012

Update on Makanan Ken Yong...

Kucing siam aku, si Ken Yong dah nak masuk empat bulan...so, rutin makanan dan jenis makanan dah berubah disebabkan dia mungkin dah x berapa nak sesuai makan makanan yang sebelum ni iaitu wet food....bila ditanya-tanya pada yang lebih arif, wet food ni x berapa elok sebab kurang khasiat kalau nak dibandingkan dengan dry food atau kibbles....


since Ken Yong memerlukan banyak zat untuk membesar, aku tukar makanan dan paksa dia makan dry food walaupun mula2 dia tak suka....untuk makanan sekarang, aku gunakan Iams Kitten sebab dapat recommendation dari doktor haiwan dan rakan2....kata deorang, sangat membantu tumbesaran kucing supaya lebih sihat dan tegap...nak x nak, Ken Yong kena jugak makan....cara nak paksa dia makan ialah, sebelum nak masuk tido, aku letak dry food dalam bekas makan dia....kurung dia sampai tengah hari keesokannya supaya pagi tu dia tak de makanan...terpaksa la dia makan dry food tu...walaupun nampak agak kejam, aku terpaksa buat untuk kesihatan dia...
*bagus untuk kesihatan ni...kena makan.....


Selain tu jugak, aku bagi Ken Yong makan ayam rebus....lebih baik guna dada ayam yang tak de tulang...rebus sampai masak, pastu aku carik2 ayam tu dan simpan dalam peti...disebabkan aku tengah praktikal dan tak de masa nak bagi dia makan, aku siapkan terus ayam rebus tu....terpaksa la aku meminta pertolongan housemate yang sangat baik hati untuk bagi dia makan.....ayam rebus ni aku cuma bagi waktu siang dan waktu dia berjaga sahaja....takut jugak kalo nak bagi masa dia tido malam sebab takut semut gatal pergi kat tempat makanan n gigit Ken Yong...tak pasal2 dia sakit, kena pulak gi klinik...kesian....


Since aku nak Ken Yong cepat sihat n gemuk, aku ada bagi dia vitamin untuk tambah selera dan untuk perbaiki bulu dia...supaya bulu dia lebih lebat dan nampak sihat la kan....tak nak la kurus keding je...tak comel la nanti....vitamin yang aku guna ni pun di rekomen oleh kawan aku...saper lagi kalau bukan Faz n Aiman....nama vitamin ni, Troy Nutripet...boleh didapati di kedai2 yang menjual barang2 haiwan...macam biasa la...aku memang cari barang2 kucing kat kedai Perniagaan Kesayanganku yang terletak di Tengkera, Melaka....vitamin ni aku cuma picit sikit kat tangan n masukkan dalam mulut Ken Yong...
*vitamin ni bau coklat...setakat ni Ken Yong telan je....untuk kesihatan dia...kena jugak makan...


Then, the last but not least, aku bagi dia susu....walaupun banyak orang kata susu tak elok untuk kucing sebab lactose tinggi, aku tetap bagi Ken Yong minum susu....tapi bukan susu manusia tau...aku bagi dia Goat's Milk yang khas untuk kucing......lactose free.....so selamat untuk diminum oleh kucing2 tak kira anak kucing atau mak kucing....susu ni direkomen oleh breeder yang pernah jaga Ken Yong dan juga tempat Faz n Aiman beli kucing deorang....susu ni dapat mengenyangkan perut dan memberi pelbagai khasiat kepada kucing contohnya untuk menguatkan immune system....aku bagi Ken Yong minum susu sekali je sehari iaitu pada waktu malam bila aku ada kat rumah...ini disebabkan oleh susu tak boleh dibiar terlalu lama sebab takut lalat hinggap kat susu tu dan kotor....(minta maaf la..tak ingat apa nama susu kucing tu sebab ada kat ofis)....mungkin korang sedar yang aku dah tak pakai susu yang dah siap dalam kotak macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni....ni sebab susu yang dah siap tu agak mahal iaitu RM7.90 sekotak dan cuma bertahan selama 10 hari...Goat's Milk ni adalah tepung...so aku boleh jimat sikit la walaupun harganya RM29....bila nak baru buat...dan tahan selagi mampu.....


Dalam seminggu aku bagi Ken Yong makan semua yang aku dah sebutkan diatas, Ken Yong makin sihat...berat badan dah naik...bulu dah tak gugur...badan makin sihat...senang hati aku tengok dia macam tu...





*Faz dengan Aiman pun bela kucing jugak..tapi deorang beli kucing Parsi...sebab tu deorang selalu rekomen barang2 kucing...lagi pun deorang dah try benda2 tu n terbukti berkesan untuk kucing deorang....kami pun selalu ke kedai yang sama.....

No comments:

Post a Comment