I-city ni terletak di Shah Alam...kalo saper2 nak pergi, sila la check di GPS masing2 ye sebab aku memang la tak pandai nak bagi direction....minta maaf....yang penting, I-city ni bandar berlampu....bila korang masuk je kawasan I-city tu, akan nampak la lampu2 yang berwarna-warni....excited jugak la tengok lampu2 yang menghiasi bangunan2 kat situ....dalam hati aku cakap,'mesti tinggi bil elektrik deorang ni...'
mana tak nya....hampir semua bangunan kat situ berlampu....warna-warna plak tu....selain lampu2, kat situ ada permainan yang macam kat fun fair tu...ada merry-go-round, ada kapal yang gerak depan blakang tu....banyak la.....
tapi yang paling menjadi tarikan utama di I-city ni adalah Snow Walk.......Snow Walk ni adalah rumah salji yang mana dalam rumah salji tu nak bagi kita orang Malaysia ni, yang dah biasa berpanas dan tak pernah ada salji untuk merasai pengalaman hidup kat tempat sejuk bersalji......macam biasa la....saper lagi nak bawa aku kalo bukan En. Mohd Azmizam.....
Harga untuk masuk ke Snow Walk adalah RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.....harga dia agak boleh tahan mahal tapi harga tu adalah untuk sewa jaket dia sekali....so, berbaloi la jugak sebab jaket yang deorang bagi tu tebal....yang macam orang putih pakai bila sejuk tu....saper2 yang nak pergi dinasihatkan untuk pakai kasut ye....sebab dalam tu adalah sangat sejuk..kalo korang pakai selipar, beku la kaki korang jawabnya....
So, lepas kami dah amik tiket, kami pun masuk ke dalam Snow Walk untuk merasai tahap sejuk peti ais tu...
![]() | |||
macam kat luar negara x??hehe.. |
lupa plak nak cakap.....dalam Snow Walk ni banyak ukiran ice dan hiasan2 yang diletakkan bagi memberi 'feel' berada di tempat bersalji....contoh hiasan yang ada ialah rusa2 yang macam dalam cerita krismas2...yang ada tanduk panjang tu....selain tu jugak ada orang salji dan mainan meluncur.....mainan meluncur tu ada dua jenis....satu, meluncur atas salji guna pelampung dan lagi satu meluncur guna bekas yang bentuknya macam kasut...kalo nak tahu lebih lanjut, lawat la Snow Walk ye....gambar tak dapat nak ambil sebab kami pergi berdua...bila dua2 dah sibuk nak main mainan luncur tu, takde saper nak ambil gambar.....
Pengembaraan diteruskan.............
Selain ada Snow Walk dan mainan yang macam kat funfair, dalam kawasan I-city tu ada banyak kedai makan dan bangunan yang mempunyai tarikan masing2....contohnya bangunan True Discovery ada mempamerkan ular2 yang sangat besar....kalo kena belit, confirm gone ok....nanti aku share gambar ular-ular tu di entry yang lain...ada kedai jual barang mainan...ada yang sediakan karaoke....kat bangunan sebelah Snow Walk ada arked yang menyediakan mesin2 mainan.....so, semua orang ada benda yang boleh dibuat di I-city ni...
*kalo korang nak pergi I-city ni, make sure korang try semua mainan atau attraction yang ada sebab parking memang sangat mahal....sekali masuk RM10...so, rugi la kalo masuk kejap je...tapi kalo korang tak kisah nak bayar parking mahal, then korang boleh la datang banyak2 kali....
sarung tangan tu kami bawa sendiri..tapi kalo korang tak bawa, ada je dijual dalam bangunan Snow Walk tu..
No comments:
Post a Comment