17/04/2012

Sambungan I-city.....di True Discovery....

Seperti yang dijanjikan di entry sebelum ni, aku kan dah janji nak post gambar2 ular yang dipamerkan di True Discovery, I-city.....

Sebenarnya konsep tempat ni ialah pameran reptilia....tapi 90% binatang yang dipamerkan ialah ular....ada jugak binatang lain mcm buaya, monyet, rakun n binatang yang mcm mengakarung tu tp x banyak....ada la sekor dua....yang banyak nyer ular.....aku memang peminat haiwan....tapi tak la minat ular....aku cuma minat haiwan yang berbulu dan comel2 je...yang bersisik n berpelepah, aku tak berapa sangat....tapi disebabkan aku dah beli deal dan memang nak ke I-city, dah alang2 tu kita tengok la apa yang ada....

  
ular sawa


ular sawa kuning/albino ngan ular muka garang..
macam-macam jenis ular..


sepanjang aku ada dalam bangunan tu, ada satu time yang memang aku tak suka...iaitu time bagi ular makan...kebetulan masa aku tengah pusing2 tu, pekerja2 kat situ keluar nak bagi ular makan....deorang bagi ular2 tu makan tikus hidup yang warna putih yang slalu kita nampak kat kedai haiwan.....kesian sangat tengok tikus2 tu...ada yang dibelit...ada yang dipatuk....ada tikus sampi terberak kena bisa ular....terbayang plak aku Dobby ngan Daisy masa tu....cuba la kalo deorang yang kena patuk atau belit ngan ular, mesti aku nangis kuat2.....tak sampai hati....sebab tu la aku tak suka binatang pemangsa ni.....terasa kejam sangat...tapi aku takde la nak hina orang bela ular sebab itu hak masing2....minat masing2.....

ular makan tikus..
aku tak tengok lama2 masa ular tu nak makan tikus sebab kesian....aku snap dua tiga gambar pastu tengok binatang lain pulak....since tempat tu tak berapa nak besar, tamat la pengembaraan dalam True Discovery....

binatang selain ular..










*satu pengalaman yang baru sebab dapat tengok ular makan tikus live gitu...tapi kesian....overall tempat ni ok2 je la....agak kecik dan asyik tengok ular je...takde apa yang best sangat...binatang lain pun statik je...so, boleh tengok je la...takde interaksi... :-)

12/04/2012

I-city......

hari ni aku nak buat entry pasal jalan2 plak.....hr ni aku nak cerita pasal I-city...

I-city ni terletak di Shah Alam...kalo saper2 nak pergi, sila la check di GPS masing2 ye sebab aku memang la tak pandai nak bagi direction....minta maaf....yang penting, I-city ni bandar berlampu....bila korang masuk je kawasan I-city tu, akan nampak la lampu2 yang berwarna-warni....excited jugak la tengok lampu2 yang menghiasi bangunan2 kat situ....dalam hati aku cakap,'mesti tinggi bil elektrik deorang ni...'

mana tak nya....hampir semua bangunan kat situ berlampu....warna-warna plak tu....selain lampu2, kat situ ada permainan yang macam kat fun fair tu...ada merry-go-round, ada kapal yang gerak depan blakang tu....banyak la.....


tapi yang paling menjadi tarikan utama di I-city ni adalah Snow Walk.......Snow Walk ni adalah rumah salji yang mana dalam rumah salji tu nak bagi kita orang Malaysia ni, yang dah biasa berpanas dan tak pernah ada salji untuk merasai pengalaman hidup kat tempat sejuk bersalji......macam biasa la....saper lagi nak bawa aku kalo bukan En. Mohd Azmizam.....

Harga untuk masuk ke Snow Walk adalah RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.....harga dia agak boleh tahan mahal tapi harga tu adalah untuk sewa jaket dia sekali....so, berbaloi la jugak sebab jaket yang deorang bagi tu tebal....yang macam orang putih pakai bila sejuk tu....saper2 yang nak pergi dinasihatkan untuk pakai kasut ye....sebab dalam tu adalah sangat sejuk..kalo korang pakai selipar, beku la kaki korang jawabnya....

So, lepas kami dah amik tiket, kami pun masuk ke dalam Snow Walk untuk merasai tahap sejuk peti ais tu...
macam kat luar negara x??hehe..



lupa plak nak cakap.....dalam Snow Walk ni banyak ukiran ice dan hiasan2 yang diletakkan bagi memberi 'feel' berada di tempat bersalji....contoh hiasan yang ada ialah rusa2 yang macam dalam cerita krismas2...yang ada tanduk panjang tu....selain tu jugak ada orang salji dan mainan meluncur.....mainan meluncur tu ada dua jenis....satu, meluncur atas salji guna pelampung dan lagi satu meluncur guna bekas yang bentuknya macam kasut...kalo nak tahu lebih lanjut, lawat la Snow Walk ye....gambar tak dapat nak ambil sebab kami pergi berdua...bila dua2 dah sibuk nak main mainan luncur tu, takde saper nak ambil gambar.....


Pengembaraan diteruskan.............

Selain ada Snow Walk dan mainan yang macam kat funfair, dalam kawasan I-city tu ada banyak kedai makan dan bangunan yang mempunyai tarikan masing2....contohnya bangunan True Discovery ada mempamerkan ular2 yang sangat besar....kalo kena belit, confirm gone ok....nanti aku share gambar ular-ular tu di entry yang lain...ada kedai jual barang mainan...ada yang sediakan karaoke....kat bangunan sebelah Snow Walk ada arked yang menyediakan mesin2 mainan.....so, semua orang ada benda yang boleh dibuat di I-city ni...








*kalo korang nak pergi I-city ni, make sure korang try semua mainan atau attraction yang ada sebab parking memang sangat mahal....sekali masuk RM10...so, rugi la kalo masuk kejap je...tapi kalo korang tak kisah nak bayar parking mahal, then korang boleh la datang banyak2 kali....
sarung tangan tu kami bawa sendiri..tapi kalo korang tak bawa, ada je dijual dalam bangunan Snow Walk tu..

05/04/2012

Law Night 2012..

sebelum gambar2 Law Night basi, baik aku postkan cepat2...hehe...

Law Night ni ialah event tahunan yang di anjurkan oleh MMU Law School....so, setiap tahun memang akan ada Law Night....event ni mostly untuk meraikan final year law students...ramai la senior2 yang bakal graduate akan hadir....tapi junior2 pun boleh pergi untuk merasai kehebatan malam Law Night tu....kenapa hebat???

mestilah hebat sebab semua orang akan berpakaian yang paling lawa dalam sejarah....hehe...semuanya akan pakai dress cantik2....yang lelaki pun tak kurang hebatnya....dengan suits yang smart2...semua nampak hebat....biasala, nak dinner kat hotel kan....

untuk Law Night tahun ni, event ni diadakan di Hotel Renaissance Melaka....every year, deorang akan rotate la hotel2 yang ada di Melaka untuk dijadikan tempat bagi berlansungnya Law Night....memang grand la kan...nak buat kat hotel je...

tahun ni sepatutnya tahun akhir aku...tapi disebabkan aku tersungkur dan terjatuh masa awal pengajian, aku terpaksa la extend lagi setahun....tapi aku tetap pergi Law Night kali ni sebab nak meraikan kawan2 yang bakal tamat pengajian dan ini mungkin kali terakhir aku bersama batch aku....

*macam biasala....saper lagi kalo bukan En. Mohd Azmizam yang jadi date aku...

untuk Law Night ni, semua orang akan pakai 'the best' la....dengan mekapnya, dengan rambutnya...semua dah didandan...ada yang beli baju sebulan sebelum event...ye la...mesti la nak pakai cantik2....dah tahun akhir...bila lagi nak melaram dgn kawan2 kan??

sempat lagi.....
                                 

macam artis x??


*sikit sebanyak gambar waktu Law Night tu....

overall, the event was a big success la kan.....persembahan pun tak kurang hebatnya...baru aku tahu ramai jugak budak kelas aku yang pandai menyanyi....suara semua boleh tahan...dah boleh jadi artis...hahaha....makanan pun not bad cuma tak berapa nak variety...tak macam kat Hotel Istana yang aku pergi tu...kalo makanan banyak pilihan mesti lagi best....semua orang keje ambik gambar je....posing sana sini....

sebelum balik, amik gambar lagi....

seronok rasanya dapat berevent untuk kali terakhir dengan kawan2 sama batch...walaupun tahun depan aku ada lagi kat MMU ni tapi aku tak pergi la Law Night tahun depan sebab kawan2 ramai yang dah tak de...lagi pun tahun depan untuk batch lain dah...mesti rasa tak sama sebab aku tak kenal sangat dengan batch bawah...apa pun, aku happy hari tu....










*terima kasih kepada Mohd Azmizam Ismail sebab datang jauh dari Terengganu untuk jadi date saya....dan Selamat Menamatkan Pengajian kepada kawan2 yang akan habis belajar tahun ni....Semoga anda2 terus success di masa hadapan.... (skema plak ayat hari ni....hehe)

04/04/2012

Update on Makanan Dobby and Rozelle...

hari ni, aku nak sambung pasal makanan sugar glider aku iaitu Dobby n Rozelle.....di entry yang lepas, aku cuma cerita pasal High Protein Wombaroo a.k.a HPW yang mana HPW ni sangat penting dalam diet harian sugar glider sebab sugar glider memerlukan protein yang tinggi untuk membesar dan sihat....

selain HPW, aku juga bagi sugar glider aku makan pellet Happy Glider- Fruity Flavor jenama Bugsy...selain perisa Fruity Flavor, pellet ni juga ada perisa Chicken Protein...so ikut la korang nak pilih yang mana....aku pilih Fruity Flavor sebab bau pellet tu ada bau buah2....sugar glider kan suka makan benda yang manis seperti buah..so, bagi menarik minat deorang makan pellet tu, aku pilih Fruity Flavor....
pellet ni terdapat dalam dua saiz iaitu 160g dgn 350g....yang 160g berharga RM22.80 dan 350g berharga RM42.80....aku selalu beli yang 160g sebab bekasnya kecik dan mudah bawa...lagipun kalo beli yang besar, susah nak masuk dalam baby bag yang aku sediakan untuk travel tu....banyak barang nak kena bawa kalo bawa deorang travel....so, aku decide beli yang kecik je walaupun kalo beli yang besar tu jimat sikit..pellett ni boleh didapati di kedai2 haiwan yang menjual jenama Bugsy..macam biasa la....aku beli di PETSHACK.

pellet ni sesuai digunakan sebagai tambahan makanan sugar glider sebab HPW yang aku bagi tu ikut sukatan...so, mmg cukup2 je la HPW tu...so, kalo deorang dah makan HPW tu habis, deorang akan makan pellet ni pulak...supaya deorang tak lapar la kan....ini disebabkan sugar gliders aku cuma makan sekali sehari...deorang akan tido je waktu siang...bila malam, dah pukul 11-12 baru deorang bangun makan....pellet ni adalah untuk menampung HPW yang tak cukup tu....deorang memang makan banyak...setakat HPW dua portion ngan pellet 20 biji memang tak de masalah....

ni description yang diberikan belakang bekas pellet ni.....
' Happy Glider is the very best basal diet available for your gliders! It is designed to be fed free choice on a continual basis with regular additions of selected fruits and protein sources. It is a great balanced diet that will help promote great health and proper weight of your sugar gliders. Gliders thrive on it nutritionally and they love the taste too.'


memang betul apa yang description tu katakan.....sugar glider aku sihat, aktif dan tak kurus keding macam sugar glider orang lain....masa aku pergi pameran sugar glider dan kucing kat Mydin MITC skali tu, ramai orang bawa sugar glider deorang tapi semuanya kurus2...bulu pun tak berapa nak cantik...aku bukan la nak mengata tapi sebenarnya sugar glider tak elok pergi tempat macam tu...sugar glider cepat stress...lebih2 lagi dengan bau yang deorang tak biasa....dah la ramai orang kat pameran tu....mesti banyak sugar glider yang stress sebab ditayang dan dipegang2 oleh orang asing....memang tak la aku nak bawa sugar glider aku...waktu siang adalah waktu rehat dan tido....malam baru boleh keluar....

cukup merapu wana.....

ok la....sebagai nasihat, korang boleh la cuba bagi pellet ni sebagai tambahan selain HPW...mungkin kalo korang tanya orang kedai atau sesiapa je, deorang sarankan bagi pellet ni siang..tapi kalo sugar glider korang jenis tak bangun siang, macam aku punya, elok la korang letak je sekali waktu malam tu....bila bagi HPW, bagi sekali pellet ni...mungkin mula2 deorang tak biasa tapi bila deorang lapar, deorang akan cuba makan pellet tu...dan gliders aku sangat sukakan pellet ni sampai gebu badan deorang......





*makanan lain akan di review entry akan datang...stay tuned...hehe....
*tak mungkin la sugar glider boleh gebu stakat makan HPW ngan pellet je kan....sabar ye....