30/03/2012

Update on Makanan Ken Yong...

Kucing siam aku, si Ken Yong dah nak masuk empat bulan...so, rutin makanan dan jenis makanan dah berubah disebabkan dia mungkin dah x berapa nak sesuai makan makanan yang sebelum ni iaitu wet food....bila ditanya-tanya pada yang lebih arif, wet food ni x berapa elok sebab kurang khasiat kalau nak dibandingkan dengan dry food atau kibbles....


since Ken Yong memerlukan banyak zat untuk membesar, aku tukar makanan dan paksa dia makan dry food walaupun mula2 dia tak suka....untuk makanan sekarang, aku gunakan Iams Kitten sebab dapat recommendation dari doktor haiwan dan rakan2....kata deorang, sangat membantu tumbesaran kucing supaya lebih sihat dan tegap...nak x nak, Ken Yong kena jugak makan....cara nak paksa dia makan ialah, sebelum nak masuk tido, aku letak dry food dalam bekas makan dia....kurung dia sampai tengah hari keesokannya supaya pagi tu dia tak de makanan...terpaksa la dia makan dry food tu...walaupun nampak agak kejam, aku terpaksa buat untuk kesihatan dia...
*bagus untuk kesihatan ni...kena makan.....


Selain tu jugak, aku bagi Ken Yong makan ayam rebus....lebih baik guna dada ayam yang tak de tulang...rebus sampai masak, pastu aku carik2 ayam tu dan simpan dalam peti...disebabkan aku tengah praktikal dan tak de masa nak bagi dia makan, aku siapkan terus ayam rebus tu....terpaksa la aku meminta pertolongan housemate yang sangat baik hati untuk bagi dia makan.....ayam rebus ni aku cuma bagi waktu siang dan waktu dia berjaga sahaja....takut jugak kalo nak bagi masa dia tido malam sebab takut semut gatal pergi kat tempat makanan n gigit Ken Yong...tak pasal2 dia sakit, kena pulak gi klinik...kesian....


Since aku nak Ken Yong cepat sihat n gemuk, aku ada bagi dia vitamin untuk tambah selera dan untuk perbaiki bulu dia...supaya bulu dia lebih lebat dan nampak sihat la kan....tak nak la kurus keding je...tak comel la nanti....vitamin yang aku guna ni pun di rekomen oleh kawan aku...saper lagi kalau bukan Faz n Aiman....nama vitamin ni, Troy Nutripet...boleh didapati di kedai2 yang menjual barang2 haiwan...macam biasa la...aku memang cari barang2 kucing kat kedai Perniagaan Kesayanganku yang terletak di Tengkera, Melaka....vitamin ni aku cuma picit sikit kat tangan n masukkan dalam mulut Ken Yong...
*vitamin ni bau coklat...setakat ni Ken Yong telan je....untuk kesihatan dia...kena jugak makan...


Then, the last but not least, aku bagi dia susu....walaupun banyak orang kata susu tak elok untuk kucing sebab lactose tinggi, aku tetap bagi Ken Yong minum susu....tapi bukan susu manusia tau...aku bagi dia Goat's Milk yang khas untuk kucing......lactose free.....so selamat untuk diminum oleh kucing2 tak kira anak kucing atau mak kucing....susu ni direkomen oleh breeder yang pernah jaga Ken Yong dan juga tempat Faz n Aiman beli kucing deorang....susu ni dapat mengenyangkan perut dan memberi pelbagai khasiat kepada kucing contohnya untuk menguatkan immune system....aku bagi Ken Yong minum susu sekali je sehari iaitu pada waktu malam bila aku ada kat rumah...ini disebabkan oleh susu tak boleh dibiar terlalu lama sebab takut lalat hinggap kat susu tu dan kotor....(minta maaf la..tak ingat apa nama susu kucing tu sebab ada kat ofis)....mungkin korang sedar yang aku dah tak pakai susu yang dah siap dalam kotak macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni....ni sebab susu yang dah siap tu agak mahal iaitu RM7.90 sekotak dan cuma bertahan selama 10 hari...Goat's Milk ni adalah tepung...so aku boleh jimat sikit la walaupun harganya RM29....bila nak baru buat...dan tahan selagi mampu.....


Dalam seminggu aku bagi Ken Yong makan semua yang aku dah sebutkan diatas, Ken Yong makin sihat...berat badan dah naik...bulu dah tak gugur...badan makin sihat...senang hati aku tengok dia macam tu...





*Faz dengan Aiman pun bela kucing jugak..tapi deorang beli kucing Parsi...sebab tu deorang selalu rekomen barang2 kucing...lagi pun deorang dah try benda2 tu n terbukti berkesan untuk kucing deorang....kami pun selalu ke kedai yang sama.....

27/03/2012

Super Roller Disco Skating..

Untuk entry hari ni, masih dalam mood deal lg...so, aku nak cerita pasal deal Full Day of Disco Rollerskating + Free Membership Card @ The Wheels Roller Skating-Melaka.... jangan salah faham ye....walaupun kat deal tu tulis The Wheels tapi entry punyer tajuk Super Roller, ini adalah disebabkan dua2 duduk di bawah satu company....cuma nama je lain2.....tetap boleh redeem...

deal ni aku beli kat www.everyday.com.my ...disebabkan ada dua pilihan tempat iaitu satu kat Subang n satu kat Melaka, aku pilih yang di Melaka sebab dekat...lagi pun senang nak pergi...x yah la nak ke Subang jauh2 main roller blade...Super Roller ni terletak di tingkat atas sekali di Dataran Pahlawan MegaMall..senang je nak pergi...korang cari Golden Screen Cinema pastu korang akan jumpa satu lagi escalator..escalator tu hanya untuk ke Super Roller je sebab atas tu dah tak de benda lain...Harga asal untuk masuk ke Super Roller ialah RM25 termasuk membership kad yang mana kita cuma perlu bayar RM20 je lain kali nak masuk, selama mana membership kad tu bertahan la...rasanya membership kad tu untuk setahun.... tapi dengan deal dr everyday ni, ada diskaun sebanyak 52%...so aku cuma bayar RM12 je untuk masuk ke Super Roller dan membership kad....jimat kan???? mestilah aku beli dua sbb nak bw En. Mohd Azmizam a.k.a my bf gi main roller blade sekali....

*voucher yang dah di print...

*sekitar ruang legar hadapan Super Roller..

*pintu masuk dan keluar Super Roller...

Bila kitorang dah sampai kat Super Roller tu, aku pun bagi voucher kat kaunter depan..mula-mula tu kakak kat kaunter tu pelik tengok voucher tu...aku kata la aku nak redeem voucher tu...boleh pulak dia kata ni untuk The Wheels yang kat Subang tu.....aku cakap la, saya pilih kat Melaka punya...dia pun terus call bos dia...Bos dia pun boleh tahan jugak....tak tahu apa2...bos dia pun call la bos lg satu...then, baru la dia kata boleh2...sorry ye....nasib baik mood aku ok lg....xde la moody nak main roller blade....

bila bos dah kata boleh, kakak kat kaunter tu pun bagi aku kertas untuk diisi dan membership kad...

Lepas tu kitorang pun masuk ke dalam untuk ambil kasut...kat dalam tu ada satu kaunter untuk ambil dan pulangkan kasut...ala...macam nak main boling la....kena amik kasut....tapi untuk benda ni kita panggil roller blade la kan.....banyak sangat roller blade yang beratur atas rak kat belakang kaunter...so, tak yah la risau...ada je saiz untuk semua orang....

dah dapat roller blade, masing2 pun menyiapkan diri masing2 untuk meluncur...cewah...konon hebat la kan....kalau untuk orang yang tak pernah main roller blade dan kali pertama nak main roller blade, anda di nasihatkan berani untuk jatuh dan terus mencuba sebab nama pun roda....agak susah jugak nak stabilkan diri kalau tak biasa.....tapi usaha tangga kejayaan....ada ramai je orang yang aku tengok mula-mula tak pandai main pun...tapi dia cuba sampai dapat...walaupun dia tak laju tapi at least dia dapat jugak main....ada jugak yang takut sangat sampai x bangun2....duduk je atas kerusi....last2 balik je terus....so, prepare yourself, ok...

* gambar keadaan dalam Super Roller...

Lepas dah dekat dua jam dalam Super Roller tu, kaki pun rasa macam nak patah dah....sakitnya kaki main roller blade lama2....tp Mohd Azmizam semangat sangat...nak main lagi....so, layankan je la...aku duduk je kat kerusi2 yang disediakan....kalo korang penat atau haus, kat situ ada jugak cafe yang jual air....boleh la korang rehat2 smbil minum air sebab memang berpeluh kalau korang main dengan semangat...mcm Mohd Azmizam la.....sampai peluh2.....semangat sangat.....

bila semua dah tak larat, kaki macam nak tercabut, baru la beransur2 tinggalkan tempat tu....kitorang pun pulangkan semula roller blade kat kaunter tadi n keluar....
 *gambar last kata dia.....

Seronok la dapat cuba sesuatu yang baru...terima kasih pada www.everyday.com.my sebab buat deal yang sangat menjimatkan. kalau korang pun suka jimat dan mencuba sesuatu yang baru, rajin2 la buka n tengok website deal2 yang ada kat Malaysia ni....memang jimat...dan jamin tak kan di tipu...sebab kalau ada apa2 yang korang tak puas hati, korang boleh bagitahu kat management deal tersebut dan deorang akan cuba bantu selesaikan masalah korang.....Last but not least, my favourite picture of the day is......................





*kalau korang tertanya2 kenapa tempat ni gelap???mestilah...nama pun Super Roller Disco Skating kan....ala-ala disco...lagu2 dia pun ala-ala disco gak tau......saper2 yang nak rasa disco tanpa arak dan perempuan seksi, boleh la datang sini....

25/03/2012

Hotel Istana..

Deal best???mana???mana????.....*macam tu la reaksi aku kalo kawan2 bagitahu ada deal2 yang best...

apa tu deal??....deal tu diskaun2 yang dibuat dalam website2 yang meniaga cara macam ni...aku pun tak tahu la macam mana deorang meniaga la kan...tapi yang penting, aku memang seorang pembeli deal yang tegar...asal ada je deal yang best n aku rasa boleh pergi, aku beli la...contohnya, deal Hotel Istana yang aku nak cerita dalam entry kali ni.....deal untuk Hotel Istana ni ada diskaun 53%...harga asal kalo nak makan kat Taman Sari, Hotel Istana ialah RM96...tapi dengan deal ni, aku beli cuma RM45....jimat kan??kalo dua orang baru RM90....aku dah jimat banyak dengan deal ni....itu la fungsi deal....untuk dapatkan diskaun..

ada banyak sangat website deal yang ada kat Malaysia ni...so, korang kena la rajin2 buka n telek satu2 untuk cari deal yang best n sesuai untuk korang....bila korang dah jumpa deal yang sesuai, klik la 'buy now'...

Bila korang dah klik 'buy now' tu...korang akan mengalami transaksi pembayaran samaada menggunakan kad kredit atau online transfer...bila korang dah berjaya bayar, dalam akaun korang yang kat website deal tu akan keluar voucher...(minta maaf la...aku tak brapa pandai nak explain)....So, korang print voucher tu dan bawa ke merchant atau kedai yang terlibat untuk penebusan..make sure korang baca arahan atau terma2 yang terdapat dalam voucher tu...contohnya masa penebusan, kat mana boleh tebus dan yang paling penting tarikh penebusan...sebab kalo korang tak tebus dalam masa yang ditetapkan, rugi la...duit tak kan dipulangkan...

untuk deal Hotel Istana ni, aku beli kat www.mydeal.com.my.......
*ini la rupa voucher yang dah di diprint...(my bf seronok nak gi makan kat hotel sebab sambut sekali birthday dia)

Lupa plak nak cakap....Hotel Istana ni terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur...walaupun aku duduk di Melaka, tapi disebabkan nak sambut birthday En. Mohd Azmizam a.k.a my bf, kitorang pun saje la nak jalan2 kat Kuala Lumpur...dah alang2 tu redeem la voucher tu sekali....tp kena buat reservation dulu tau...jangan main redah je...tak de meja nnti nak makan macam mana???

Bila dah sampai Hotel Istana tu, kami pun terus la ke Taman Sari iaitu tempat makan yang ditetapkan dalam deal tu...staff2 kat sana semuanya ramah...layanan deorang sangat la dasyat...dasyat bukan maksudnya teruk tau...layanan yang deorang beri tersangat la hebat...staff2 hotel tu akan layan orang yang datang dengan penuh perhatian...apa je yang tak cukup, deorang provide sampai kami jadi kekok...tak pernah orang layan macam tu....

*yang grand ballroom tu gambar semata2...kami pergi ke Taman Sari..

kat Taman Sari tu, pilihan makanan nyer tersangat la banyak....kami rambang mata sampai tak tahu nak pilih makanan yang mana dulu....dari eastern ke western semua ada la...dessert2 yang di hidangkan sangat menggoda...semuanya nampak cantik dan sedap...Kami makan tak ingat dunia...sampai terlupa nak snap makanan yang kami amik....sempat snap sikit je gambar makanan....

rating yang kami bagi kat makanan dan layanan ialah 9/10 sebab ada dessert yang kami tak berapa nak faham rasanya...ye la...dessert omputih....mana la nak biasa kan....overall memang sedap n satu pengalaman yang baru untuk kami sebab layanan dasyat sangat...sebelum ni makan hotel tak de pun dapat layanan mcm kat Hotel Istana.....hehe





*SELAMAT HARI JADI KE-22, MOHD AZMIZAM ISMAIL.....

22/03/2012

Review on High Protein Wombaroo a.k.a HPW

Dah setahun lebih aku bela sugar glider...aku sentiasa cuba untuk dapatkan apa2 je yang terbaik untuk deorng...baik dari segi pemakanan, sangkar, mainan n kelengkapan deorang...memang deorang manja sangat...hari2 makan banyak..mengada je selalu...

Masa mula2 bela tu, aku pun xbrapa tahu apa makanan yang patut aku bagi...mula2 aku bagi apple je tp deorng nampak x sihat...kurus je...aku pun  buat research kat internet..nak tengok makanan yang sesuai untuk deorang..tapi internet pun banyak yang x betul..cakap sugar glider makan 80% buah-buahan....aku pun merayau2 cari orang yang ada bela sugar glider...ada yang kata bagi makan nestum elok, aku cuba bg makan nestum jugak...memang gemuk....tapi aku rasa x puas hati...

satu hari tu aku terjumpa website PETSHACK.... so aku pun ambil alamat kedai tu n dengan En.Mohd Azmizam tersayang a.k.a my bf pergi la ke Sunway...walaupun aku duduk kat Melaka tapi sebab sayang nyer pada gliders aku, kami pun ke Sunway mencari kedai Petshack tu...

Sampai je kat sana, aku pun tunjuk la kat owner kedai tu gliders aku yang x brapa nak cun masa tu...dia pun advice bagi makan HPW....aku pun macam, 'apa tu HPW?'.....dia pun terangkan HPW ni makanan penting untuk sugar glider..sumber protein yang sangat diperlukan memandangkan susah nak dapatkan makanan natural deorang yang kat dalam hutan tu...kiranya HPW ni makanan yang lengkap untuk gantikan makanan yang gliders makan dalam hutan.

So, aku dengan yakin, beli la HPW Starter Kit sebagai permulaan...
terus terang aku katakan, HPW yang ni adalah sedikit rumit penyediaannya sebab kena masak telur dulu, pastu campur air suam dengan madu dan masukkan tepung2 yang ada dalam paket ni..kacau hingga sebati,  then kena blend telur dalam air suam yang dicampur madu n tepung HPW td.....pastu simpan dalam peti sejuk..nnti campuran tu akan mengeras mcm ais krim...tak de la terlalu keras n tak la terlalu lembik...elok2 je...bila time nak bagi gliders makan, just cedok n letak dalam bekas....

disebabkan aku seorang student, aku tak de masa nak ke dapur masak telur n blend2 bahan2 nak buat HPW...lagi pun peti ais kat rumah sewa aku kecik je...muat nak isi air tin n air botol sikit je...ye la...share satu rumah la katakan....aku tak boleh la nak buat suka hati je...so, tiap kali balik hometown, aku akan prepare HPW tu n bw balik ke rumah sewa...

lepas sebulan aku guna HPW Starter Kit, terdengar la khabar berita yang akan keluar HPW yang baru....yang lebih advance....yang lebih senang....yang lebih tinggi khasiatnya...segala-galanya lebih la........
iaitu HPW Complete.....dimana aku guna sampai sekarang.........
HPW ni dah selamatkan hidup aku sebab aku x payah lagi nak masak telur n blend2 segala....penyediaanya sangat mudah...cuma tambah air suam...sukatannya ada diberikan di belakang pek...walaupun harganya agak mahal iaitu RM39 berbanding HPW Starter Kit yang berharga RM31.....nak buat macam mana...layankan je la sebab aku sentiasa cuba bagi yang terbaik untuk gliders aku dan untuk kesenangan diri aku jugak....

Gliders aku pun suka rasa HPW Complete ni sebab ada bau vanilla..makin berselara deorang...jilat sampai licin mangkuk tu...Sampai sekarang aku masih lagi guna HPW Complete ni sebab aku rasa inilah produk yang terbaik dan sesuai dengan aku sebab aku memang tak de masa nak masak2 telur bagai...
*sebelum


*selepas








*korang jangan salah anggap pulak...aku bukan bagi HPW ni je tau....ada lagi makanan lain yang aku bagi tapi aku akan buat review pasal makanan-makanan lain di entry yang lain...tunggu....

21/03/2012

Penang!!!

aku saje je nak buat entry pasal aku gi Penang tahun lepas sebab cuti sem baru2 ni aku tak dapat gi bercuti sebab praktikal...hari2 tgk facebook orang lain, semua upload gambar gi bercuti sana sini...jeles je tengok...nak buat mcm mana kan..dah start praktikal...kena la duduk kat ofis ni.....hari2 tengok gambar org gi bercuti...sakit je hati..hehe

Seriously aku mmg teruk bab2 ingat tarikh, so aku x ingat la bila exactly tarikh aku gi Penang tu...tp tu la first time aku naik flight...selalu hantar orang je kat airport...best jugak tp rasa pening2 lalat skit....

Saper tak nak kan fly dgn harga RM11 je...trima kasih la kat kawan2 aku, Faz dgn Aiman sbb bgtau aku psl promosi dari AirAsia dan berbesar hati terima aku n bf ke tanah utara deorng... Excited sangat masa tu..ye la...first time naik flight...siap gi airport awal2..takut kena tggl flight la konon....

*masa kat airport n atas kapal terbang..



Lepas dah turun flight tu, kitorang pun dijemput oleh tuan rumah, Faz n Aiman...terus la pusing n gi makan kat tepi pantai...tp xtahu la nama apa pantai tu....dekat2 ngan Queensbay Mall...mmg best makan kat tepi pantai tu...makan petang sambil disapa angin sepoi2 bahasa...cewah...Then kitorang cuba jugak gi War Museum tapi tiket masuk mahal sangat...RM30 sorang kalo x salah...so, kitorang amik gmbr je la kat depan War Museum tu buat kenangan padahal x masuk pun....





Malam tu kitorang gi makan Mee Udang kat Sungai Dua (kalo x salah nama tempat tu)...ramai orang...kitorang makan mee udang goreng n mee udang kuah....dua2 mangkuk licin...kenyang sangat...masakan kat kedai tu boleh tahan la...tp kalo pedas lagi sedap...

Kitorang ada jugak singgah Toy Museum...dalam bangunan ala-ala Mesir tu, banyak sangat koleksi mainan kepunyaan tuan punya bangunan tu....ada Ultraman, Spiderman, Superman n banyak la lagi...dari koleksi lama n baru, kecik n besar, semua ada....


Lepas makan tu, kitorang pun balik la ke hotel....Kami semua tido kat Tune Hotel disebabkan rumah Faz di Kedah n agak jauh dari rumah Aiman...leceh la kalo nak ulang alik kalo aku tido kat umah faz...so, kitorang decide tido kat Tune Hotel je...harga Tune Hotel bleh dikatakan murah la sbb masa tu kitorang dapat offer...RM49 je semalam....dengan lenanya tido malam tu....walaupun bilik agak kecil, tapi sangat selsesa...

Keesokan harinya, kitorang gi Bukit Bendera...nak naik trem yg baru...orang kata trem yang baru ni laju sikit dari yang dulu2 punya....and mmg benar la kata orang2 tu...lebih laju n dah tak perlu lg berhenti kat stesen tengah2....boleh terus je sampai atas....kat atas Bukit Bendera tu boleh tengok pemandangan, ambil gambar, makan2, beli cenderahati n rilex...udara kat atas tu nyaman sebab sejuk2 skit...Kitorang ada ambil gambar dengan ular tapi gambar tu dah di letakkan dalam bilik aku...xde soft copy, so xbleh la tunjuk kat sini...

Then kitorang gi Fort Cornwallis....tempat tu rupanya macam A'famosa tapi terletak kat tepi laut...cantik jugak tempat tu...Batu2 kubu lama...ada meriam n bangunan tinggalan penjajah yang sangat eksotik...
Then, berakhir la hari2 kami di Pulau Mutiara iaitu Pulai Pinang....kenapa cepat sangat???sebab aku n bf kena attend orang bertunang...terpaksa la cut our journey short gitu.....tapi kitorang memang teringin sangat nak kembali ke Penang n buat trip yg lebih adventure..mungkin pergi War Museum betul2 ke...sebab kat Penang memang banyak sangat tempat menarik yang kitorang tak sempat nak pergi...Queensbay Mall pun tak sempat nak pergi...



*lega pun dapat cerita pasal holiday walaupun tengah duduk kat ofis ni... :-)

20/03/2012

Update on Ken Yong and Rozelle...

Korang ada haiwan kesayangan?? Minat nak bela haiwan?? tak kisah la haiwan apa pun yg korang nak bela, tp sebelum nak bela tu korang kena fikir betul2 kebaikan dan keburukan bela haiwan..sebab sekali korang dah ambil keputusan nak bela n beli haiwan tu, maksudnya korang secara tak lansung telah mengambil tanggungjawab untuk memastikan kebajikan haiwan tu terjaga...jangan hangat2 taik ayam...dah tak nak nnti buang la, bg orang la...seksa la....jangan!!! kesian la sikit kat haiwan tu....

Macam aku, aku ada 2 ekor sugar glider, Dobby n Rozelle (sepatutnya 3 tp Daisy kena curi org kat boarding service) dan seekor kucing siam yg  sangat nakal... Aku mengaku la mmg rumit nak maintain deorng semua.. sugar glider saje memerlukan maintenance yg sangat tggi...makanan deorng agak mahal.. salah aku jugak sbb sblum aku bela tu, aku ingatkan deorng ni mkn apple je... org yg jual tu ckp mcm tu...tp bila aku buat research psl sugar glider,  ternyata la deorng x mkn apple je tp bnyk mknan lain yg deorng perlukan. salah satunya HPW.. sekarang aku guna HPW Complete. memang senang.. cuma tambah air.
jangan salah faham....aku x pernah menyesal bela deorng walaupun kena tipu dengan si penjual...aku bela deorng mcm anak kot... n Ken Yong, si kucing siam  yg sangat nakal.... untuk makanan Ken Yong, dia ni xbrapa suka mkn dry food... dah try Iams Kitten, Royal Canin. Whiskas, suma dia xnak...dia nak mkn wet food je... Mula2 tu aku bg Whiskas Junior tp memandangkan kualiti xbrapa elok, aku tukar kepada Pro Diet..makin berselera dia makan... Selain tu jugak, aku bg dia susu n daging ayam rebus supaya dia lebih sihat.

Kalau korang tertanya2 kat mana nak dapatkan barang2 keperluan haiwan kesayangan, korang bleh la tengok website PETSHACK sebab kedai ni memang sangat lengkap kalau nak cari barang-barang sugar glider.. Korang boleh beli secara online jugak....so senang la saper2 yg duduk jauh sbb kedai ni kat sunway...jauh plak kalo nak pergi.. untuk kucing aku, aku percayakan kedai PERNIAGAAN  KESAYANGANKU, yg terletak di Tengkera, Melaka... sbb uncle n aunty kat situ mmg ramah n deorng meniaga atas dasar minat...so, deorng akan bg nasihat atau rekemen produk2 yg terbaik untuk kucing kita..
*atas- Daisy, kiri- Rozelle, kanan- Dobby

*Ken Yong yg suka tengok movie kat laptop...ngada2 je selalu..

06/03/2012

Result!!!

Result yg dinantikan dah keluar... syukur Alhamdulilah... semuanya ok...
Thanx ya Allah... Thanx juga pd parents yg selalu doakan aku...
Tinggal lg brapa sem je nak hbis blaja... Jauhnya perjalanan n dah hampir smpi ke penghujungnya..
Harap2 aku dpt clear suma paper and grad dgn kwn semua... x sabar nak dpt jambangan bunga...hehe
*berangan.....................

01/03/2012

Legal Attachment

mcm hebat jee tajuk....Legal Attachment...tp keadaannya x la sehebat mana..
                 Legal Attachment = Praktikal.....ok....
hari2 kena pergi keje...kena bangun pagi...x mcm pergi kelas..kalo x nak pergi, ponteng je trus...
tp bila buat praktikal ni, x bleh suka hati je nak ponteng...macam org bekerja la...mana bleh suka hati x dtg kerja..
lg brapa bulan kena menghadap kerja-kerja office yg menakutkan ni..haih..redha je la..

Hari2 Legal Attachment...


*x update lg gambar Ken Yong dgn Rozelle...gmbr2 ada dlm kamera..xde ms lg nak transfer dlm laptop..